PROMOSI BENGKEL BELADIRI WANITA
Sahabat2x...moga sejahtera selalu.
Membantu untuk meng "war-war" kan Bengkel beladiri untuk wanita.
Ini juga salah satu cabang ilmu yang perlu kita, kaum wanita mempelajarinya.
Seringkali kita dengar
berita tentang naifnya wanita tentang keselamatan diri.
Selalunya kita
biarkan berita2x itu berlalu pergi, kerana tidak berlaku pada kita,
keluarga atau saudara perempuan kita. Allah
SWT sebaik-baik tempat pergantungan. Berdoalah selalu mudah-mudahan
Allah SWT sentiasa memelihara kita dari bahaya dan malapetaka. Namun,
kita juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan kudrat yang ada
kerana mempertahankan maruah diri itu jihad. Mungkin kita sering
berkira2x, untuk mempelajari seni beladiri pada usia ini, situasi serta
penampilan diri, bertudung dan berhijab...mungkin tidak sesuai. Renungkan sejenak, malang yang datang juga tidak mengira usia, situasi
dan penampilan diri.
Ayuh ukhti-ukhti ku...sama-sama kita mulakan gerak-langkah menjadi mujahidah yang bukan sahaja berjihad melawan hawa nafsu, terapi juga mampu melawan dan mempertahankan maruah diri bila dicerobohi.
Ayuh ukhti-ukhti ku...sama-sama kita mulakan gerak-langkah menjadi mujahidah yang bukan sahaja berjihad melawan hawa nafsu, terapi juga mampu melawan dan mempertahankan maruah diri bila dicerobohi.
Sekiranya anda berminat, boleh hubungi sayamelalui email/pm di FB, atau boleh berhubung terus dengan Master Anuar Ahmad - 012-4142401
0 comments:
Post a Comment