Ads 468x60px

Monday, March 31, 2014

DIY RECYCLE CRAFT

Entry kali nie Chik Azah nak story tentang Kraf barangan kitar semula.
 Dalam rumah banyak sebenarnya barang yang boleh di kitar semua.
 Contohnya botol plastik, kotak, gelung tisu dapur, tin dan sebagainya. 
Macam CA sendiri suka sangat kumpul tin susu, kotak-kotak kecik dan botol-botol yang comei2x bentuknya.  
Nak buat tah....hihihi.  Masa kumpul tak terfikir nak buat apa. 
Bila ada kelapangan masa, baru nak membelek apa yang boleh dibuat dengan benda-benda recycle ni.
Mendapat inspirasi idea dari beberapa blog ketika ber "blogwalking". 
Try and error...yang penting, CUBA!!! hasilnya kemudian kira.
 Cantik atau tidak bukan tujuan. Sentiasa mencuba idea baru itu matlamat... kata nak jadi "The Best Crafter"...kena la usaha....hihihi.

So untuk hasil recycle pertama, Chik Azah gunakan tin Tuna Dalam Tin.
  Kecik comei je. Cik Azah buat Cup Cake Pin Kusyen.  
Untuk kegunaan sendiri je.
Langkah-langkah penghasilanya macam kat bawah. 
Harap fahamlah ya step nya.....hihihi

Taraaa.... hasilnya.
Boleh la dibanggakan bagi tukang kraf macam chik Azah ni..hihihi.
So....kalian pun boleh cuba.  
Dah siap, share la gambar ngan Chik Azah. 
Share kat FB or Blog kalian. Tinggalkan link blog/FB, 
nanti boleh Chik Azah ziarah.
 Selamat maju jaya.

Wasalam

Sunday, March 30, 2014

PYRAMID SAVING BOX


Hai semua !!!! Macam yang Chik Azah janjikan dalam entri lepas, 
entri kali ni berkenaan PYRAMID SAVING BOX atau dalam bahasa ibundanya 
Tabung simpanan berbentuk Pyramid.
Gambar-gambarnya tersangatlah banyak. 
Tak larat nak hapload. 
So...chik Azah dah kecikkan mengikut step by step. 
senang sikit kome nak tengok. 
so...layannnn....
Kome faham ke idak ? hihihi.....
nak komen step by step, sungguh la becinta nak mengarang ayat.
 Chik Azah harap, kome-kome faham lah ya.
Untuk membuat pyramid ni, kena ada ilmu dalam ukurannya.
Setiap permukaan ada maksud.
 Penetapan letak arah permukaan pyramid juga ada kaedaahnya.
  Lama dah belajar. 
Baru sekarang chik Azah nak meng "implement" kan kaeadah/caranya.
Ni kira kes berkreasi sambil ulangkaji dan ber "eksperimen" lah ni. hihihi....
oklah. Banyak lagi gambar projek kraf yang akan Chik Azah upload. 
Insyaallah.

Sampai jumpa lagi.
Wasalam.


 Chik Azah Copy pattern ni dari Cik google. 
So...kalau kome nak test,cuba,try nak buat....
teruskan

Thursday, March 20, 2014

FAMILY TREE PROJECT - PART 2

 
Assalamualaikum semua.

Semoga dalam Berkat dan Rahmat Allah SWT sentiasa.
Seperti yang Chik Azah promise dalam entry lepas, 
ni dia FAMILY TREE PROJECT - Part 2.
Untuk 2nd project, Chik Azah buat Pillow.
Material : Bodynya Chik Azah guna Felt Arcylic, 
hiasannya dari Felt Polyster.  

  Depan 
 Belakang

 Ini projek pertama Chik Azah berkreasi menggunakan Felt Arcylic.
Kerja kraf sebelum ni Chik Azah lebih banyak menggunakan Felt Polyster.
Sifat polyster yang keras dan mudah dibentuk untuk huruf dan applique.
 Arcylic lebih lembut dan gebu, sesuai untuk membunga dan membantal.
Projek membantal lepas2x Chik Azah lebih selesa mengunakan kain Fleece.
Contoh Kain Fleece

    
 Sebenarnya projek part 2 ni adalah kesinambungan dari projek part 1.
Lantaran kesilapan memotong material, terasa sayang pulak nak buang,
so, ter "create" lah 2nd projek....hihihi.

Lagi pula Chik Azah dah lama nak mencuba berkreasi dengan felt Arcylic....
tapi belum jumpa idea yang bersesuaian. So...this is the first. 
Bagi Chik Azah....hasilnya boleh la dibanggakan oleh diri sendiri..
huhuhu...... masuk bakul angkat sendiri. 

  
 

 Dijahit dengan teliti dan penuh kasih sayang yang melimpah ruah.....
Chik  Azah gunakan benang kait jenis halus. Jangan tanya saiz apa dan jenama apa..
Jawapannya chik Azah tak tau, sebabnya...chik Azah bukan pakar dalam bab kait mengait. Jumpa kat kedai, chik Azah beli je......
.tu pun dah lama terperam...baru le ni dipakai....hahaha.

So...sekian celoteh chik Azah dalam entry "Family Tree Project".
Insyaallah jumpa lagi next entry....
Tajuk Next Entry....
PYRAMID SAVING BOX.

Wasalam.







Monday, March 10, 2014

FAMILY TREE PROJECT - PART 1



  Salam sejahtera semua. 
Alang-alang diberi kesempatan masa, bederet-deret entry Chik Azah update...hihihi.
Untuk second entry hari ni...
FAMILY TREE PROJECT
Ni Part one....part 2 coming soon. 
Projek untuk hiasan kelas. 
Chik Azah guna pelbagai material. 

Material : Printed/plain EVA Foam dan kertas
Kerja-kerja memotong, by hand ya. 
No bigshot machine.
Baru nama handmade product.....hihihi.
 


Disetiap helaian daun di tulis nama pelajar dalam kelas.  
Daun besar kat tengah tu nama cikgu kelas.  
Sesetengah daun saja dikosongkan....untuk penambahan nama.
 Simple je...projek "terkejut tergempak" namanya.
Insyallah entry akan datang, Chik Azah upload projek part 2 pulak.

Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi.
~Wasalam~

 Kalam Hikmah :
 
 

MINI PILLOW KEYCHAIN

Hai semua. Moga semua berada dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT sentiasa.
Entry kali ni kembali bercerita mengenai handmade craft. 
Projek kenduri-kendara cuti sekolah.  
Mini Pillow Keychain. 
Dapat beberapa PM untuk tempahan door gift.
Chik Azah belum pernah terima tempahan untuk door gift dari material felt. 
So...tak de la sampel khusus utk door gift.
Kalau bunga origami tu ada la...
Atas permintaan, insyaallah Chik Azah akan cuba topup sikit-sikit sampel 
readymade untuk Door Gift. 
 Insyaallah....ada kelapangan, adalah hasilnya.

So... ni sampel "sulung" dari material Felt untuk album Door Gift.
Material : Felt Acrylic
saiz :  5cm x 8cm (lebih kurang)






Untuk sampel ni Chik Azah guna lebihan2 felt je. Sebab tu warnanya lain- lain hihihi....
So....manafaatkan lebihan felt anda. Jangan buang...sayang ooo....
Insyaallah Chik Azah akan kongsikan projek dari bahan recycle  sikit masa lagi.
  Gambar dah ada cuma belum di touch up je.
 Doakan Chik Azah di beri kelapangan masa. Masa sangat "cemburu" dengan chik sekarang.
Jumpa lagi di lain entry.
Wasalam

Kalam Hikmah - Ingatan untuk diri: