Ads 468x60px

Wednesday, December 25, 2013

UKHTI & AKHI COUPLE PILLOW

Assalamualaikum.  
Salam ya Ukhti.  Salam ya Akhi.
Penghujung tahun ini, rajin la pula berkreasi.  
Idea berkraf sentiasa menggebu-gebu dan ligat bercambah. 
Cuma masa je yang agak suntuk.  
Sibuk dengan perawatan dan aktiviti harian. 
 Buat masa ni, Aza masih menghadkan pengambilan tempahan. 
Tempahan untuk bulk order / kuantiti yang banyak dan nak 
cepat masih ditutup. 
Cuma mengambil 2-3 order dalam sebulan.  
Lebih baik begitu, dari berjanji tapi tak dapat tunaikan.
Hasil terkini buah tangan untuk album MCAC.

Produk : Bantal/Pillow
 Material : Flannel
Size : A4 (22 x 34 cm)
Harga : RM 30 tanpa perkataan tambahan
caj RM 0.80 akan dikenakan untuk setiap huruf tambahan

Berminat dengan design ni atau design pilihan anda sendiri, sila PM MCAC.
Insyallah kami akan cuba sekreatif mungkin merealisasikan tempahan anda.

 
 
 

 

 maas salamah wa ilal liqa'.

Monday, December 16, 2013

BANTU SEBARKAN ILMU

 
PROMOSI BENGKEL BELADIRI WANITA

Sahabat2x...moga sejahtera selalu.
Membantu untuk meng "war-war" kan Bengkel beladiri untuk wanita.
Ini juga salah satu cabang ilmu yang perlu kita, kaum wanita mempelajarinya.
Seringkali kita dengar berita tentang naifnya wanita tentang keselamatan diri.
Selalunya kita biarkan berita2x itu berlalu pergi, kerana tidak berlaku pada kita, keluarga atau saudara perempuan kita.  Allah SWT sebaik-baik tempat pergantungan.  Berdoalah selalu mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memelihara kita dari bahaya dan malapetaka.  Namun, kita juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan kudrat yang ada kerana mempertahankan maruah diri itu jihad.  Mungkin kita sering berkira2x, untuk mempelajari seni beladiri pada usia ini, situasi serta penampilan diri, bertudung dan berhijab...mungkin tidak sesuai. Renungkan sejenak, malang yang datang juga tidak mengira usia, situasi dan penampilan diri.
Ayuh ukhti-ukhti ku...sama-sama kita mulakan gerak-langkah menjadi mujahidah yang bukan sahaja berjihad melawan hawa nafsu, terapi juga mampu melawan dan mempertahankan maruah diri bila dicerobohi.

 Sekiranya anda berminat, boleh hubungi sayamelalui email/pm di FB, atau boleh berhubung terus dengan Master Anuar Ahmad - 012-4142401