Ads 468x60px

Friday, November 16, 2012

SALAM HIJRAH 1434

 




Apa khabar semua?!
Azah mendoakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah SWT selalu.
 
SALAM MAAL HIJRAH 1434
Semoga tahun ini,  kehidupan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga-moga amalan dan ibadah kita juga lebih bertambah sempurna di sisi Allah SWT.

Moga diri ini sentiasa bersyukur, sentiasa bermahmudah, dijauhi sifat ghibah, mazmummah dan amarah.
 
 YA ALLAH, BANTULAH AKU DALAM MENGINGATI-MU DAN BERSYUKUR KEPADA-MU SERTA MELAKUKAN IBADAT TERBAIK KERANA-MU


Mudah-mudahan juga Allah SWT kurniakan MCAC semangat baru utk terus berkraf, ilhamkan perancangan yang lebih bervisi, mencambahkan idea baru yg lebih kreatif, rezeki semakin bertambah, kesetiaan pelanggan tak berubah ^-^...serta dipermudahkan segala urusan. 
Amin3x  Ya Allah.
 

 
Alhamdulillah.....selesai sudah semuanya. Urusan berpindah-randah sudah, Tempahan customer yang tertangguh pon dah sudah...... hope selamat sampai pada pemiliknya.

Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. So.....MCAC kembali ber "Online". 
Ramai yang pm untuk tempahan baru.  Belum dapat kot,.....masih terikat dgn list order sedia ada hingga Disember 2012. Maaf ye.

Kepada customer yang tempahannya dah ada dalam List Order MCAC, insyaallah  barang anda akan disiapkan dan akan sampai seperti yang dijanjikan...
Hingga sekarang....semuanya berjalan lancar dengan izin Allah...dah mudah-mudahan dipanjangkan kemudahan itu...Insyaallah.

Jumpa lagi. Wasalam