Ads 468x60px

Thursday, November 28, 2013

Tazkirah


 
Buat sahabat2x crafter.....
penuhilah masa yang terluang dengan mencari ilmu, tidak kira dalam bidang 
apa sekalipun kerana ilmu itu penting dlm kehidupan.  
Adalah amat rugi masa yang berlalu tanpa ilmu. 
Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari ada manafaatnya. 
Mungkin kita tidak tahu dimana bakat, kelebihan dan kemampuan kita. 
Terokai setiap bidang, cekap mengambil peluang dan sentiasa berfikiran positif. 
Sekiranya minat kita terarah pada seni kerja tangan, carilah guru,
 kajilah buku, bertukar idea, usahakan hingga ada hasilnya.
  Begitu juga sekiranya cenderung dengan hobi yang lainnya...
usahakan minat dan hobi tu dapat menberikan manafaat dan pulangan.
Gagal dalam usaha...itu lumrah. 
Yang penting kecekalan hati dan kemahuan untuk mencuba. 
 Sesungguhnya Allah SWT amat kasih akan hambanya yang berusaha mencari ilmu.
 Proses mencari ilmu tidak tertakluk dari satu sudut dan arah.  
Dalam kehidupan, dari pengalaman, dari alam sekeliling, dari para sahabat,
 hatta dari seekor semut pun kita dapat mempelajari sesuatu jika kita mahu
untuk mengambil iktibarnya.
Berusaha tanpa jemu, redha dengan ujian, hindari berputus asa 
dan terpenting......
jangan lupa untuk meminta padaNYA dalam setiap solat.
Sesungguhnya DIA lah pemilik Gedung Kekayaan, kesenangan, 
kesejahteraan dan kasih sayang.
Dan kepada NYA lah sebaik-baik pengharapan.
Selamat maju jaya.

~Salam Kasih sayang~
 
 








RROJEK AKHIR TAHUN 2013



Projek akhir tahun 2013.  
Belum pasti bila dapat or sempat nak berkreasi kraf lagi.  
Penghujung tahun ni agak sibuk dgn kursus dan rawatan.
 Maybe awal tahun depan...insyaallah debgan izinNya.
Bantal cumil untuk cikgu.... tanda terima kasih. 
 Insyaallah tahun depan jumpa lagi ^_^.


 
 
 
 
 
 



Friday, November 15, 2013

POU PROJECT


Tempahan untuk Jualan Hari Kantin sempena Minggu KOKO SK Perwira, Teluk Intan.
Keychain dan Fridge Magnet.

Dibuka untuk tempahan.  
Sila nyatakan:-
warna pilihan
design
bentuk
tulisan
 Tempahan boleh di buat melalui email atau PM inbox di FB.





 


 
Ilal liqoo.
Sampai Jumpa Lagi 







DOOR SIGNAGE

 Door Signage di "bahasa melayu" kan, papan tanda pintu. Material : Felt.
Dibuka untuk tempahan.  

Sila nyatakan:-
warna pilihan
design
bentuk
tulisan

 Tempahan boleh di buat melalui email atau PM inbox di FB.
 

 
 





Tuesday, November 12, 2013

PENGHARGAAN UNTUK DIRI



Assalamualaikum. Hai semua !!!
Lama tak update entry terkini. 
Sebok sikit dengan tugas perawat bekam (al hijamah).
Dlm celah-celah tu, sempat la juga berkraf....
sebagai terapi meredakan keletihan ^_^. 
Berkreasi dgn kerja tangan, tidak semestinya untuk jualan semata-mata.
  Ada masa ianya kerana hobi, kesukaan dan kegemaran diri yang tak dapat dihindari.  Dengan berkraf, dapat memberi kepuasan/mengurangkan ketegangan (stress) dan tak kurang juga kerana..... ADDICT berkreasi....huhuhu.  Ini adalah pengalaman sendiri.....yang lain tak pasti. 
Sesekali juga perlu ada penghargaan untuk diri sendiri. 
 Yang penting ianya untuk memotivasikan diri. 
Jika tidak diri sendiri yang menghargai, siapa lagi?!

 Dibilik kecil ini la Aza berkreasi dgn felt yang berwarna-warni
 LOGO My Creative Art Crafts
 MCAC
Door Signage fo my craft room

Jumpa lagi di entry akan datang.



Salam kasih sayang ^-^