Ads 468x60px

Thursday, November 28, 2013

Tazkirah


 
Buat sahabat2x crafter.....
penuhilah masa yang terluang dengan mencari ilmu, tidak kira dalam bidang 
apa sekalipun kerana ilmu itu penting dlm kehidupan.  
Adalah amat rugi masa yang berlalu tanpa ilmu. 
Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari ada manafaatnya. 
Mungkin kita tidak tahu dimana bakat, kelebihan dan kemampuan kita. 
Terokai setiap bidang, cekap mengambil peluang dan sentiasa berfikiran positif. 
Sekiranya minat kita terarah pada seni kerja tangan, carilah guru,
 kajilah buku, bertukar idea, usahakan hingga ada hasilnya.
  Begitu juga sekiranya cenderung dengan hobi yang lainnya...
usahakan minat dan hobi tu dapat menberikan manafaat dan pulangan.
Gagal dalam usaha...itu lumrah. 
Yang penting kecekalan hati dan kemahuan untuk mencuba. 
 Sesungguhnya Allah SWT amat kasih akan hambanya yang berusaha mencari ilmu.
 Proses mencari ilmu tidak tertakluk dari satu sudut dan arah.  
Dalam kehidupan, dari pengalaman, dari alam sekeliling, dari para sahabat,
 hatta dari seekor semut pun kita dapat mempelajari sesuatu jika kita mahu
untuk mengambil iktibarnya.
Berusaha tanpa jemu, redha dengan ujian, hindari berputus asa 
dan terpenting......
jangan lupa untuk meminta padaNYA dalam setiap solat.
Sesungguhnya DIA lah pemilik Gedung Kekayaan, kesenangan, 
kesejahteraan dan kasih sayang.
Dan kepada NYA lah sebaik-baik pengharapan.
Selamat maju jaya.

~Salam Kasih sayang~
 
 








0 comments:

Post a Comment