Ads 468x60px

Thursday, October 30, 2014

Corat-Coret Bengkel Kraf Oktober 2014




Hai Semua !!!! Salam Jumaah Saiidul Ayyam
Moga Semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT hendaknya.
Entri hari ni Chik Azah nak kongsi corat-coret gambar ceria sepanjang 
sessi Bengkel Kraf tangan pada 25/10/2014.

Bengkel/Kelas untuk sessi pertama tahun 2014. 
InsyaAllah, penghujung November nanti MCAC akan anjurkan lagi.
Bermula dari persediaaan bahan mengajar, 
hinggalah sessi kelas/bengkel bermula, macam-macam gelagat ada.
 Maklumlah kelas kali pertama MCAC anjurkan untuk kanak-kanak. 
Sebelum2x ni untuk kaum ibu je....jadi suasananya lain sikit....
dengan pelbagai gelagat.
Jom layannn......

 

Hanya gambar menceritakan peristiwa

 
 
 
 
 
 
  
  
 
"Wajah-wajah ceria "

 
 

 Ok.....habiss..... InsyaAllah kita jumpa lagi dlm bengkel akhir November 
nanti untuk modul yang lain pula.

Sampai jumpa lagi di entri akan datang.
Salam Kasih Sayang
 Wasalam
 


Monday, October 20, 2014

BENGKEL






Seperti yang telah diwar-warkan, Creative Art Crafts akan mengadakan Bengkel Seni Kerja Tangan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Bengkel ini akan diadakan dalam suasana rumah di mana anak-anak akan diajar dengan keadaan santai.

 Suasana ini sengaja diterapkan supaya anak-anak lebih tenang dan tidak kekok untuk berkreasi, meluahkan ilham, pendapat serta berinteraksi.  

Dalam masa yang sama, pergaulan sesama rakan sebaya juga lebih mesra.

Dalam bengkel ini, anak-anak akan diajar seni kemahiran kerja tangan dari pelbagai material seperti :-
   * Barang Kitar Semula
  * Kertas
  * EVA Foam
  * Kain Felt
 
Selain memenuhi aktiviti masa lapang, aktiviti ini juga bertujuan :-
 * Memahirkan pengawalan motor halus kanak-kanak
 * Mengasah kemahiran otot-otot kecil anggota tangan dengan aktiviti seperti menekap, mengunting, menampal dan menjahit
 * Meningkatkan perkembangan otak serta daya kreativiti
 * Mengasah daya tumpuan dan sikap sabar

Bengkel ini terbahagi kepada 4 modul iaitu:-
* MODUL A - KRAF KITAR SEMULA
* MODUL B - KRAF EVA FOAM
* MODUL C - ASAS ORIGAMI
* MODUL D - ASAS JAHITAN FELT

Kelas/bengkel ini akan diadakan mengikut modul yang ditetapkan.  
Kelas/bengkel akan dijalankan secara berkumpulan atau perseorangan mengikut permintaan mulai OKTOBER 2014.
MCAC akan membuka pendaftaran kepada umum untuk kelas secara berkumpulan mulai NOVEMBER 2014
Maklumat lanjut mengenai jadual berserta tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Admin My Creative Art Crafts di talian : 
010- 516 3575 (Call/SMS/WhatsApp)


Saturday, October 11, 2014

Celoteh Suka Suki

Hai semua....bersua lagi kita... 
lama Chik Azah tak menjengah kat sini...
Lama tak ada entry baru.  
Harap semua berada dalam sihat sejahtera dan sentiasa ceria.

Pejam celik dah di bulan Oktober. 
 Lagi dua bulan masuk tahun baru.
Tahun ni agak slow bagi Chik Azah dlm kerja2 kraf.
 Tak cukup masa untuk tumpuan sepenuhnya.
Pada yang PM, terima kasih chik Azah ucapkan atas sokongan. 
Chik Azah mohon berbanyak maaf sebab terpaksa menolak tempahan kalian.
Tak berani ambil risiko tempahan yang tak sempat siap pada tarikh yg diminta. 
InsyaAllah, sentiasa berdoa agar diberi kelapangan masa.


 Entri kali ni sekadar celoteh suka-suki.  
Seperti yang pernah Chik Azah war-warkan dalam FB MCAC, 
berkenaan Bengkel Kraf Tangan utk Kanak-kanak.
InsyaAllah akan dilaksanakan mulai Oktober ini. 
 Tarikh dan masa akan Chik Azah maklumkan dalam entri seterusnya.
 Kepada Ibu-ibu yang ingin mengisi masa terluang anak-anak, 
bolehlah hubungi Chik Azah utk maklumat lanjut.

Ok. cerita suka-suki seterusnya.....
Chik Azah Kongsikan beberapa gambar projek sempena cuti hari Merdeka tempohari.

PROJEK KOTAK (RECYCLE)

                                         Bahan Asas :  Kotak / Gelung Tisu Dapur
                                                              Lidi Sate / Span Cuci Pinggan (Pokok)



 

  Projek anak-anak. 
Anak -anak ada pertandingan Rekacipta dari bahan recycle.
Maka terhasillah... rumah2 mini ini hasil tangan jurutera yang tak bertauliah.
 Hasil pertandingan, dapat tempat ke 2.....jadi la hihihi...

kat bawah ni pula projek lepas gian.  
Dalam sebulan Chik Azah mesti ada projek lepas gian...
 kalau tak....gigil tangan...hihihi

 
Bahan Asas : Jeans Lama / Felt / Butang

oklah. InsyaAllah....tunggu entri seterusnya dari Chik Azah.

Jumpa Lagi.
Wasalam