Ads 468x60px

Monday, October 20, 2014

BENGKEL






Seperti yang telah diwar-warkan, Creative Art Crafts akan mengadakan Bengkel Seni Kerja Tangan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Bengkel ini akan diadakan dalam suasana rumah di mana anak-anak akan diajar dengan keadaan santai.

 Suasana ini sengaja diterapkan supaya anak-anak lebih tenang dan tidak kekok untuk berkreasi, meluahkan ilham, pendapat serta berinteraksi.  

Dalam masa yang sama, pergaulan sesama rakan sebaya juga lebih mesra.

Dalam bengkel ini, anak-anak akan diajar seni kemahiran kerja tangan dari pelbagai material seperti :-
   * Barang Kitar Semula
  * Kertas
  * EVA Foam
  * Kain Felt
 
Selain memenuhi aktiviti masa lapang, aktiviti ini juga bertujuan :-
 * Memahirkan pengawalan motor halus kanak-kanak
 * Mengasah kemahiran otot-otot kecil anggota tangan dengan aktiviti seperti menekap, mengunting, menampal dan menjahit
 * Meningkatkan perkembangan otak serta daya kreativiti
 * Mengasah daya tumpuan dan sikap sabar

Bengkel ini terbahagi kepada 4 modul iaitu:-
* MODUL A - KRAF KITAR SEMULA
* MODUL B - KRAF EVA FOAM
* MODUL C - ASAS ORIGAMI
* MODUL D - ASAS JAHITAN FELT

Kelas/bengkel ini akan diadakan mengikut modul yang ditetapkan.  
Kelas/bengkel akan dijalankan secara berkumpulan atau perseorangan mengikut permintaan mulai OKTOBER 2014.
MCAC akan membuka pendaftaran kepada umum untuk kelas secara berkumpulan mulai NOVEMBER 2014
Maklumat lanjut mengenai jadual berserta tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Admin My Creative Art Crafts di talian : 
010- 516 3575 (Call/SMS/WhatsApp)


0 comments:

Post a Comment