Ads 468x60px

Monday, August 31, 2015

PIXEL BEADS PROJECT - Ver 3.0




ENTRY 8 - 2015

Lagi hasil Pixel Beads.  Alang-alang berkraf, biar sampai pengsan ...hihihi
Chik Azah belanja gambo.... 
selamat menjamu......Mata.




Saturday, August 29, 2015

PIXEL BEADS PROJECT - Ver 2.0


ENTRY 7 - 2015
 
Assalamualaikum.

Entry kali ni Chik Azah akan story step by step cara menghasilkan Kraf 
Pixel/Perler/Hama Beads.

Bahan yang diperlukan :
  
 1. Pixel/Perler/Hama Beads. 

2. Pegboard Beads 

 
3. Wax Paper for Perler Beads
 (Kertas Surih/Tracing Paper)

Langkah Demi Langkah:

 EAR PHONE HOLDER
(Design - Chocolate Biscuit)   
 1. Susun Manik (Pixel Beads)  di atas papan Pegboard mengikut bentuk 
dan warna manik pilihan.
(Warna coklat untuk biskut)
 
Bentuk Pegboard bergantung pada design yang dipilih.
 
 2. Susun dengan cara meletakkan manik pada butiran permukaan 
yg timbul pada pegboard
 
 3. Setelah selesai, letakkan Tracing Paper pada permukaan manik 
(supaya manik tidak melekat di permukaan sterika apabila dipanaskan).

 4. Dengan menggunakan tahap kepanasan yang sederhana, 
tekapkan sterika atas permukaan manik secara rata.

5. Hasil Pixel Beads yang telah disusun dan dan telah bercantum setelah dipanaskan.

 6. Design ini memerlukan 2 keping Pixel Beads yang telah siap
(Biskut)
 
 7. Ulang kaedah no. 5 untuk lapisan tengah
 (manik berwarna putih untuk lapisan krim)
 
 8. Setelah siap, lekatkan kepingan putih (krim) ke atas kepingan coklat (biskut) 
menggunakan gam UHU/GLUE GUN)

 9. Hasil selepas di cantumkan

10. Siap untuk digunakan - EAR PHONE HOLDER


D.I.Y
 



IDEA ini di Copy dari :



Sampai jumpa lagi.
Wasalam

Friday, August 28, 2015

TERKENANG SEMASA DULU

ENTRY 6 - 2015

Lama Chik Azah tak berbelog. Banyak nak story....
Entry kali ni kita cerita tentang....

”Terkenang semasa dulu” – MAK & KRAF.

Masih ada kena mengena tentang kraf. Itu mesti. Hihihi

Ada yang bertanya, macamana CA boleh berminat dengan kraf kerja tangan. 
Sejak bila ? ikut sape ? macamana dapat idea ?

Haah...meh2 dengar ini cerita,....

Alkisahnya... macamana boleh minat berkraf, khususnya seni kerja tangan ni. Jujurnya, chik azah tak pernah menghadiri kursus atau kelas khusus masa mula-mula berkraf. Semuanya bermula dengan tengok2, belek2 dan cuba2...hihihi
Mungkin juga mewarisi darah kerajinan dari arwah mak CA 
(Al Fatihah utk mak).
Masa kecik2 dulu, puas CA melaram dengan baju jahitan mak.
Macam2 pesyen. Mula dari uniform sekolah, baju kurung, baju kembang, baju tingkat2, baju bengali, maxi hinggalah dandanan rambut dengan tocang belit2.
(istilah jenis2 baju yg chik azah sebut tak kan jumpe kat kedai, so jgn copy paste istilah tu then pi tanya 
kat kedai plak)

Selain kreatif menjahit baju, arwah mak CA jugak kreatif dalam berkraf.  Banyak hasil kerja tangan arwah yg CA ingat sampai sekarang walaupun masa tu CA berumur sekitar 8 ke 10tahun.
Arwah mak CA rajin buat bunga. Sumbernya semua dari bahan recycle kecuali ada masa2 keluar pekan A. Mak CA akan beli kertas creape yang warna warni tu utk buat bunga... utk keraskan bunga, bunga tersebut akan di celup lilin.


Macam ni la contohnya lebih kurang.
Credit To : bloglovin.com

Selain tu, semua bahan recycle spt tisu, sarung kaki terpakai, manik, kain perca, botol plastik, plastik keras (malau) dan apa2 bahan yg boleh diguna semula.
Selalu A.mak CA akan buat bunga tisu....tisu akan dicelup water colour untuk menghasilkan bunga yg colourful.
Bunga tisu yg dah siap akan digubah dalam bekas sama tin susu atau balang plastik terpakai yang dah di touch up. Cantik ooo...siap bawak pi sekolah letak atas meja cikgu.
Selain tu, bunga dari stokin. Buat beg dari manik, mengait benang utk alas meja, anyam tali utk tali pasu gantung, selimut patchwork, kerongsang dari plastik malau (bakar pakai sudu) dan banyakkk lagi.
Dan paling CA tak boleh lupa ialah “skirt Mak siti”. Hahaha...mesti kalian tertanya2... apa tu...? hihihi
SKIRT MAK SITI adalah nama khas yg A. Mak CA reka untuk skirt yg dijahit untuk pasu.  Lebihan kain perca akan dijahit spt kain baju kurung, dipasangkan getah dan disarungkan pada badan pasu bunga yang dah tak berapa nak comel permukaannya (badan pasu boleh dicuci, tapi sebab malas, itulah alternatifnya..hihihi) 

Selain mahir menjahit dan berkraf, A.mak CA juga handal masak...sebut nak makan apa, mesti A.mak CA akan siapkan...terutama nasik lemak, gulai, kuah ikan atas darat, nasi ulam.....
rindu makkkk.

Titik.

***********************************************************

Bila terkenang2 balik, sebab tu la kut hobi CA sekarang suka kumpul tin, botol, kotak dan apa juga yg oleh dipakai semula. ingatkan habit buruk.. saka keturunan rupanya...hahaha  
Ada juga yg bertanya, kenapa CA suka berkraf dengan barang terpakai (recycle), tak de duit ke nak beli bahan kraf ?

Berkraf dgn bahan recycle ni mudah...
Hanya perlu beberapa bahan asas tambahan.
Modal utama...kerajinan dan idea kreatif....  
(tak kreatif pon tak pe..minta tolong je kat cik Google, mesti ilham ideanya melimpah ruah...)

Bila berceloteh cerita2 macam ni....tiba2 terbangkit pulak semangat nak berkraf, rindunya..
Sampai sini dulu cerita Chik Azah. Mohon maaf atas bicara.
Moga berkesempatan lagi berkongsi ilham idea.

Sampai jumpa lagi.
Wasalam.
Contoh Bunga Tisu ( yg macam Chik Azah Cerita kat atas)
Credit To : randomtuesdays.com
Melanie Pyle - at Pinterest