Ads 468x60px

Saturday, October 11, 2014

Celoteh Suka Suki

Hai semua....bersua lagi kita... 
lama Chik Azah tak menjengah kat sini...
Lama tak ada entry baru.  
Harap semua berada dalam sihat sejahtera dan sentiasa ceria.

Pejam celik dah di bulan Oktober. 
 Lagi dua bulan masuk tahun baru.
Tahun ni agak slow bagi Chik Azah dlm kerja2 kraf.
 Tak cukup masa untuk tumpuan sepenuhnya.
Pada yang PM, terima kasih chik Azah ucapkan atas sokongan. 
Chik Azah mohon berbanyak maaf sebab terpaksa menolak tempahan kalian.
Tak berani ambil risiko tempahan yang tak sempat siap pada tarikh yg diminta. 
InsyaAllah, sentiasa berdoa agar diberi kelapangan masa.


 Entri kali ni sekadar celoteh suka-suki.  
Seperti yang pernah Chik Azah war-warkan dalam FB MCAC, 
berkenaan Bengkel Kraf Tangan utk Kanak-kanak.
InsyaAllah akan dilaksanakan mulai Oktober ini. 
 Tarikh dan masa akan Chik Azah maklumkan dalam entri seterusnya.
 Kepada Ibu-ibu yang ingin mengisi masa terluang anak-anak, 
bolehlah hubungi Chik Azah utk maklumat lanjut.

Ok. cerita suka-suki seterusnya.....
Chik Azah Kongsikan beberapa gambar projek sempena cuti hari Merdeka tempohari.

PROJEK KOTAK (RECYCLE)

                                         Bahan Asas :  Kotak / Gelung Tisu Dapur
                                                              Lidi Sate / Span Cuci Pinggan (Pokok)



 

  Projek anak-anak. 
Anak -anak ada pertandingan Rekacipta dari bahan recycle.
Maka terhasillah... rumah2 mini ini hasil tangan jurutera yang tak bertauliah.
 Hasil pertandingan, dapat tempat ke 2.....jadi la hihihi...

kat bawah ni pula projek lepas gian.  
Dalam sebulan Chik Azah mesti ada projek lepas gian...
 kalau tak....gigil tangan...hihihi

 
Bahan Asas : Jeans Lama / Felt / Butang

oklah. InsyaAllah....tunggu entri seterusnya dari Chik Azah.

Jumpa Lagi.
Wasalam

0 comments:

Post a Comment