Ads 468x60px

Friday, September 4, 2015

WOODEN TOY



 


ENTRY 9 -2015



 
 Salam Jumaat, Saiyiddul Ayyam.
 Jumpa lagi kita. 

Pernah dalam beberapa entry yg lalu, 
Chik Azah ada bercerita tentang hobi / minat Chik Azah pada koleksi miniature.  
Minat sangat,  tapi tak ada pun koleksinya....
koleksi gambar banyak laa..hahaha

Masa jenjalan kat pasaraya hari tu, sesaja singgah kat bahagian stationery,
 belek-belek, tengok-tengok.  
Tup-tup terjumpa.......

Jeng je jeng.....

Wooden Toy
  Banyak jenis sebenarnya... macam-macam design, 
bangunan, menara, 
rerama, rumah, 
kereta dan banyak lagi uolls.
  Menarik dan tertarik...
maka Chik Azah tersuka, lalu terbeli, 
balik rumah ter excited, 
lantas memulakan misi membina rumah mini ni.
 

Dalam setiap pack, ada 2 keping papan yang siap di lukis dan siap dipotong tepi mengikut bentuk sesuatu design. Tak perlu potong dengan pisau, cuma patahkan perlahan-lahan mengikut tandanya. Ada juga dilampirkan plan lantai utk step by step kaedah pemasangannya.

Sebenarnya pack Wooden Toy ni untuk kanak-kanak. Boleh tahan mencabarnya.
 Perlukan kesabaran, ketelitian dan ketekunan tahap dewasa. 
Setiap bentuk perlu disesuaikan mengikut rekabentuk yang diberikan. 
Boleh tahan gak, berpeluh mak nak siapkan...
siap warning "Dont disturb me" kat anak-anak.  
Excitednya Chik Azah macam anak-anak dapat main baru....
hahaha...mak yang lebih.

Setiap keping kayu perlu dilekatkan pada lubang lantai dan dinding yang telah ditanda dengan nombor pada papan body utama. 
Untuk melekatkan agar lebih teguh, Cik Azah guna Glue Gun.. 

 Selepas bertungkus lumus selama 2 jam, akhirnya siap la rumah Miniatur ni.....
Saya suka 2x.
Bangga jap dapat membina sebuah rumah dengan tangan sendiri, 
walaupun hanya rumah miniatur...hihihi

Chik Azah bagi 5 bintang. Tiba-tiba dapat ilham bisness...
Kalau Chik Azah jual Wooden Toy ni, ada yang nak beli tak?

Tunggu...
Info produk ni akan Chik Azah update dari masa ke semasa.
Dalam proses ...InsyaAllah.
Oklah. Entry akan datang, Chik Azah tunjuk design lain pulak ye.

Jumpa lagi.
Wasalam







0 comments:

Post a Comment