Ads 468x60px

Sunday, June 2, 2013

TISSUE FLOWER PROJECT


Entry kali ni  Azah nak kongsi aktiviti semasa MCAC. Projek "mengembangkan"  Bunga Tisu
(Tissue Flower).  MCAC ada menerima pertanyaan/tempahan Bunga Telur dari Kertas 
Tisu ni. seriously, belom pernah buat..hehehe.   Memula tu Azah just try gunakan tisu biasa yang jual kat pasaraya.  Macam gambar kat bawah.
PAPER NAPKIN
Balik rumah, dengan "keterujaan" yang meluap-luap,  operasi membunga dimulakan. Dengan tekun dan sabarnya berguru dengan Mr.Yourtube,...tadaaaa dah siap sekuntum. Dengan keterujaan gak hasil pertama ditunjukkan kat En.Boss(dgn harapan komennye positiflah kan), tapi dengan selamba dia kata,  "macam daun Salad je, boleh buat ulam"!
 
uuhh....

Memang betul pun...hahaha. Takpe...tak cantik , kita cantikkan, tak lawa kita lawakan...yang penting jgn putus asa, sentiasa berani mencuba dan berusaha carik ilmu....! So, ambil inisiatif....operasi "menggoogle" bermula. Cari material yang sesuai untuk membuat bunga ni. Opkos la kan..materialnye kertas tisu. Tapi kertas tisu yang macamana, beli kat mana, kuantitinya banyak mana!
Puas mencari, ni lah materialnya...ada kertas tisu khas rupanya utk membuat bunga nie. Maklomlah tak penah cuba pon. Masa kecik-kecik dulu ada tengok mak buat bunga tisu, tapi guna tisu lap muka tu je. Cantik gak.  Ape pon...zaman dah berubah...banyak bende baru.
  Inilah dia...Azah beli kat DAISO AEON Station 18, Ipoh. 
Tapi pilihan warnanye tak banyak macam kat IKEA.
Dalam satu pack ada 14 pcs dan panjang paper ni 19cm.

Dah dapat materialnya. Kali ni dengan "confident"nya operasi membunga diteruskan. Huh...bangga jap tengok hasil tangan sendiri ^_^. Disebabkan ukurannya agak panjang, (bunganya besar 2 tapak tangan bila dikembangkan), Azah memotong kertas ni kepada 2 bahagian. Comei sikit bunganya.
So ni la hasilnya bila dah dikembangkan. Cantik tak bunga nie?!

Pomander Carnation from Tissue Paper.  
Ni Azah tak jual. 
Hasil pertama selalunya untuk sendiri je. 
Lepas ni akan cuba lagi dan lagi...
lepas tu baru confident nak amik tempahan.

So....jangan mudah putus asa ya sahabat2x. 
Dunia craft ni tak ada sempadan. 
selagi berkemahuan, ada ilham, idea bernas, berpeluang menzahirkannya...teruskan. 
Yang penting...kepuasan!

Sampai jumpa lagi. 
Wasalam.
 



0 comments:

Post a Comment