Ads 468x60px

Friday, April 27, 2012

KEHEBATAN WARNA

**Assalamualaikum**
Hai All...... hope kehidupan anda ceria2x selalu dan dipenuhi dengan warna-warna kegembiraan.
Entry kali ni Aza nak berkongsi ttg kehebatan di sebalik warna. Agak lari dari sikit topik craft...but....sesekali tukar topik apa salahnye kan.!!!

W A R N A

 Dalam bahasa English ialah COLOUR, dalam bahasa Greek disebut TROMA, dalam bahasa Arab di sebut AL'LUN (sekadar menyebut beberapa bahasa, tu pun translate kat google je, hehehe).
Tak kiralah apa juga sebutannya, warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Tafakur sejenak.., di sekitar kita dipenuhi dengan warna-warna yang indah ciptaan Tuhan yang Esa dengan tujuan menceriakan kehidupan manusia. Dengan ada warna, hidup lebih bermakna.

Cuba kita bayangkan, kehidupan kita di alam ini suram, hitam putih tanpa warna?!



Boring nyeeee!!!
Pasti kita tertunggu - tunggu munculnya cahaya mentari dan sinaran pelangi....

bagi mewarnai perjalanan....

semisteri warna pelangi,
seceria pencil warna,

semanis coklat smatties, hehehe yummy....

seindah warna felt.......(ini la point nyee....)

di sebalik ribuan warna itu, tersimpan kehebatan aura nya yang amat berfungsi dalam tubuh badan kita, persekitaran kita serta alam ini.



Sekadar berkongsi beberapa point penting tentang kehebatan warna mengenai mood dan kesihatan diri kita. Ini penting terutama kpd crafters2x yg selalu stress, tak cukup tidur, tak cukup masa dan ada yang tak cukup makan dek kerana sibuk mengerjakan tempahan....hehehe
so.....ambil masa...cer bace......

  
KEHEBATAN WARNA
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda.... Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBUJika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. ~ Suasana yang romantik…

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

 LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

shared: Misteri & keajaiban alam's photo
Hah, betul tak ?! patut la bila berkreasi dgn FELT yg colourful nie, lupa semuanye!
Apa-apa pun, kesihatan mesti diutamakan, sakit nanti camna nak berkraf.  
Solat jgn ditinggalkan, itu kewajipan muslim, 
 dan usaha mesti diteruskan serta doa jgn dilupakan.

Sahabat crafters.......selamat berkreasi, caiyuk2x!
wasalam.

0 comments:

Post a Comment