Ads 468x60px

Friday, June 6, 2014

HARI CIKGU 2014


Hadiah Hari Cikgu 2014.  
Ni sebahagian gambar bantal yang sempat 
Chik Azah snap sempena hari guru hari tu. 
Gambar tempahan, takde. Lupa amik. 
Sibuk sangat masa tu. 
Gambar ni pun cukup kot..hihihi.
 
 
 Bantal cik/puan Owlie ni untuk cikgu perempuan.
 
 
 
  Bantal Mat Smart ni untuk cikgu lelaki.

 
 
 Ni pun untuk cikgu perempuan.

Hadiah hanya simbolik bagi menzahirkan 
perasaan terima kasih.
Budi yang menggunung, 
jasa seluas laut terbentang, 
takkan mampu dibalas.
Selagi hayat dikandung badan,
 jasamu tetap kukenang.

"TERIMA KASIH, CIKGU "

 Wasalam.






Thursday, June 5, 2014

Bulan MEI yang busy......

Hola......
Hai semua...
Agak kelamaan Chik Azah tak menghapdate blog. 
Sungguh la bizi nya sepanjang Mei lepas. 
Yang banyak bizi bodi je..hihihi

Sepanjang bulan Mei ada beberapa aktiviti yang Chik Azah sertai.
 Selain sibuk merawat, sempat la juga mencelah-celah dengan aktiviti lain.
Apa pun Chik Azah sungguh bersyukur dan happy sebab......
semua aktiviti tersebut amatlah bermanafaat selain berpeluang menambah 
ilmu dan pengalaman baru.

Moh, Chik Azah kongsikan beberapa aktiviti lepas.
 Awal hingga pertengahan Mei, Chik Azah agak bizi dengan tempahan untuk HARI GURU.
Walau tempahan taklah banyak, tapi boleh tahan la jugak kelam-kabut nak kejo dateline.
Alhamdulillah, semua dah berlalu dengan jayanya. Hihihi.
 *-*
 
 Usai kesibukan Hari Guru, Chik Azah bizi dengan persediaan bahan  pameran untuk 
Hari Sambutan Ulang tahun PPSPPA kat Taman Tasik Titi Wangsa. 
Chik Azah hanya menghantar produk untuk hari sambutan tersebut.
Terkilan jugak tak dapat hadir. 
Kebetulan tarikh hari sambutan tersebut serentak dengan tarikh Chik Azah berkursus.
Untuk hari sambutan PPSPPA, nanti Chik Azah kongsikan gambarnya dalam entri yang lain.
  
Dan aktiviti penutup bulan Mei, Chik Azah berkursus.  
Tambah ilmu dalam bidang perawatan. 
 Ckih Azah belajar Akupunktur. 
Sungguh teruja dengan ilmu baru ni.
  
 Tapi....ermmm, sebelum nak rawat pesakit dengan kaedah ni, 
diri sendiri kenalah rasa dulu, baru adilkan.

Sesi praktikal. Sesi cocok-mencocok.  Inilah hasilnya.
hihihi...

Dan akhirnya....
Yeah.....dah dapat sijil. 
Dah lulus tahap Asas pertama.
Insyaallah ada rezeki dgn izin Allah, 
mudah-mudahan dapat attend tahap seterusnya pulak.

Selagi ada daya, hargai peluang yang datang.  
Jangan biarkan hari-hari yang berlalu tanpa ada manafaat.
Insyaallah, selagi kita berkemahuan, 
Allah SWT akan mudahkan jalannya.
Apa yang penting......
Semangat, kemahuan dan kesungguhan untuk melakukan.

sekian dulu entri pembukaan di awal bulan Jun. 
Insyallah, nanti Chik Azah akan upload hasil kerja yang lepas dalam entri akan datang.

Samapai jumpa lagi.
Terima kasih atas perhatian dan ketekunan anda membaca.
hihihi...

Wasalam


Wednesday, April 9, 2014

RECYCLE DENIM & TIN PROJECT

Salam semua. Entry seterusnya di bulan April 2014.  
Masih berkisar  tentang Recycle Craft. 
 Banyak yang boleh dibuat sebenarnya dari barang recycle ni.  
 Barang recycle ni boleh dimanafaatkan jika anda pandai mengolah/merekaciptanya mengikut kreativiti sendiri.
  
 
 Contoh  dari Google

 Yang penting, hasilnya biarlah boleh digunakan serta mesra alam dengan persekitaran.  
Di Malaysia khususnya, masyarakat masih kurang pendedahan/keberanian untuk memakai barang recycle yang dikitar semula.  Kita lebih selesa memakai 'barang baru" yang nampak lebih bergaya dan bernilai. "Tak de Standard" katanya. Hmmmm......
Di luar sana, mereka lebih terbuka dan kreatif untuk mempelbagaikan barang recycle dan ianya di guna pakai sendiri dengan bangga.  Satu sikap yang perlu kita sebagai muslim harus mencontohinya kerana dalam agama kita sendiri tidak suka akan pembaziran. 
Jom, kita mananfaatkan apa yang masih boleh dipakai.  Gunalah semula dengan bangganya kerana ia hasil kerja tangan kita. Yang penting, JANGAN MEMBAZIR!!!

Sebagai seorang yang mengelar dirinya "pembuat kraf kerja tangan", mesti selalu berusaha mencari idea-idea baru dan menghasilkan hasil kerjatangan terbaharu setiap masa meskipun adakalanya idea itu di lihat dari hasil kerja tangan orang lain.  Kekereatifan itu penting....
untuk mengolah semula idea tersebut dan jadikan ia lebih baik.  


Hasil kraf kali ni Chik Azah memilih tin dan Jeans/Denim terpakai untuk di kitar semula menjadi hasil kraf.

Hasil krafnya, membuat bekas pensel.  Langkah-langkahnya Chik Azah kongsikan dalam gambar kat bawah.
 Selamat berusaha untuk menghasilkannya. 
Sahabat-sahabat, Jom  mula berkreasi!!!
 
Untuk hiasan, anda boleh menggandakan kekeretipan dengan mencari apa-apa pattern kat google. Yang penting, kena usaha lah sikit. 
Jadilah umpama anak burung, sewaktu kecil menunggu ibunya menyuap makanan tapi bila dah boleh terbang, berusaha sendiri untuk mencari makanan.
So....selamat berusaha dan selamat berjaya. 
 Sampai jumpa lagi. 
wasalam


 
Credit pada memilik gambar. Sumber: Google

Tuesday, April 1, 2014

RECYCLE PENCILS BOX



Masih bekisar tentang Chik Azah melayan anak-anak. 
Maklum, jarang ada masa lapang yang lama macam ni. 
Seminggu dua ni kurang sikit tugas merawat. 
So...masa "together-gather" anak-anak.
Masa nilah semua report/aduan diluahkan.  
Selesai melayan permintaan anak dara dengan bag bunjutnya, 
tiba pulak giliran si bongsu mengadu.
 Anak : "Ibu,kotak pensel adik dah koyak, ibu beli baru ya,
        adik nak macam ni jugak...".
 Ibu  : Huhuhu... baru 3 bulan kut sekolah....?!!! Insyaallah.
(dalam hati, tak yah beli baru...hihihi) 
 Nie lah rupa bekas penselnya. Yang terkoyak cuma zipnya.
Tapi otak ibu yang mithali ni mula ligat memerah idea.
Habis semua dikobeknya.... hahaha (tangan tak reti duk diam).
So, dengan gumbiranya Chik Azah story step-by-step melalui gambar. Layan.....
 
Happy si bongsu...
Anak    :  "wah macam baru"!
Balik dari sekolah,
Anak    :"ibu,kawan-kawan adik semua nak kotak pensel macam ni,
          ibu boleh buat" ?!
Ibu     :  @%# pengsan! huhuhu...hai anak...tak la kot.
Moral Of Story, jangan mendeko terover sangat untuk budak-budak,
 kann dah serba-salah....hihihi 

Sekian. Wasalam

BAG BUNJUT


Menjahit dan mendeko Beg Bunjut untuk my anak dara. 
Material  :  Kain Velboa
Deko  :   Felt Cut (beli dah siap potong)
Jahitan :  Blanket Stitch
Pattern : Ukuran sendiri ^-^
Tempoh siap :  2 jam
 
 
 Tadaaaa.....dah siap!

                                                    Kalam Hikmah