Hola......
Hai semua...
Agak kelamaan Chik Azah tak menghapdate blog.
Sungguh la bizi nya sepanjang Mei lepas.
Yang banyak bizi bodi je..hihihi
Sepanjang bulan Mei ada beberapa aktiviti yang Chik Azah sertai.
Selain sibuk merawat, sempat la juga mencelah-celah dengan aktiviti lain.
Apa pun Chik Azah sungguh bersyukur dan happy sebab......
semua aktiviti tersebut amatlah bermanafaat selain berpeluang menambah
ilmu dan pengalaman baru.
Moh, Chik Azah kongsikan beberapa aktiviti lepas.
Awal hingga pertengahan Mei, Chik Azah agak bizi dengan tempahan untuk HARI GURU.
Walau tempahan taklah banyak, tapi boleh tahan la jugak kelam-kabut nak kejo dateline.
Alhamdulillah, semua dah berlalu dengan jayanya. Hihihi.
*-*
Usai kesibukan Hari Guru, Chik Azah bizi dengan persediaan bahan pameran untuk
Hari Sambutan Ulang tahun PPSPPA kat Taman Tasik Titi Wangsa.
Chik Azah hanya menghantar produk untuk hari sambutan tersebut.
Terkilan jugak tak dapat hadir.
Kebetulan tarikh hari sambutan tersebut serentak dengan tarikh Chik Azah berkursus.
Untuk hari sambutan PPSPPA, nanti Chik Azah kongsikan gambarnya dalam entri yang lain.
Dan aktiviti penutup bulan Mei, Chik Azah berkursus.
Tambah ilmu dalam bidang perawatan.
Ckih Azah belajar Akupunktur.
Sungguh teruja dengan ilmu baru ni.
Tapi....ermmm, sebelum nak rawat pesakit dengan kaedah ni,
diri sendiri kenalah rasa dulu, baru adilkan.
Sesi praktikal. Sesi cocok-mencocok. Inilah hasilnya.
hihihi...
Yeah.....dah dapat sijil.
Dah lulus tahap Asas pertama.
Insyaallah ada rezeki dgn izin Allah,
mudah-mudahan dapat attend tahap seterusnya pulak.
Selagi ada daya, hargai peluang yang datang.
Jangan biarkan hari-hari yang berlalu tanpa ada manafaat.
Insyaallah, selagi kita berkemahuan,
Allah SWT akan mudahkan jalannya.
Apa yang penting......
Semangat, kemahuan dan kesungguhan untuk melakukan.
sekian dulu entri pembukaan di awal bulan Jun.
Insyallah, nanti Chik Azah akan upload hasil kerja yang lepas dalam entri akan datang.
Samapai jumpa lagi.
Terima kasih atas perhatian dan ketekunan anda membaca.
hihihi...
Wasalam
0 comments:
Post a Comment