Hai All....semoga sejahtera dan sihat selalu semua hendaknya.
Topik entry kali ni bertajuk " SAMA TAPI TAK SERUPA".
Apa yang sama ? tapi apa pula yang tak serupa?
Topik entry kali ni bertajuk " SAMA TAPI TAK SERUPA".
Apa yang sama ? tapi apa pula yang tak serupa?
Contoh mudah...kembar. Selalunya reaksi pertama bila orang melihat pasangan kembar, orang akan kata, "eehh....sama la!". Tapi bila diamati betul-betul, pasti akan ada perbezaan antara keduanya. Mungkin dari segi bentuk rupanya, tubuh badannya ataupun perwatakannya.
Perumpamaan ini sengaja saya zahirkan juga berkait dengan topik yang diutarakan. Ruang lingkuknya masih dalam dunia kraf. Sungguhnya dunia kraftangan khususnya buatan tangan(handmade) masih baru dan masih kurang sambutan khususnya di Malaysia. Boleh dikatakan kelompoknya agak kecil. Dan dari kelompok kecil itu.....crafter melayu amatlah sedikit berbanding crafter kaum cina dan india yang mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Setiap hasil kraf juga dapat dibezakan mengikut kaum-kaum tersebut. Baik dari segi tema budaya, seni pembuatan, material juga cabang pasarannya.
Berdasarkan pemerhatian serta pangalaman, banyak perkara yang boleh di ambil kira dalam penghasilan kraftangan ini mengikut kaum. Saya pernah melihat kelas kraftangan seni mengait benang yang rata-ratanya berbangsa cina dan hasil seni kraftangannya juga melambangkan budaya mereka tetapi sudi menerima bangsa lain untuk belajar. walaupun saya tidak belajar secara langsung (hanya melihat dari dinding cermin,suka singgah setiap kali lepas waktu kerja ^-^), tetapi saya amat tertarik kaedah guru yang mengajar tanpa mengira bangsa. Kita di pelawa dengan hormat untuk melihat hasil kerja tangan mereka, sudi berkongsi ilmu, hatta mengajar dengan ikhlas kemahiran seni kerja tangan budaya mereka. Saya juga berkesempatan berbual dengan guru tersebut....Saya bertanya..tak pe ke bangsa lain belajar hasil seni budaya ni (merujuk kraftangan tersebut)? Beliau dengan senyum menjawab...."ini seni handmade. Sesiapapun boleh belajar kalau mahu. Kita ajar sampai pandai. Lepas pandai, boleh buat sendiri. Takkan sama punya...."
CONTOH DARI MR. GOOGLE |
So.....fikir-fikirkanlah.....dalam kelompok crafter kita yang kecil ni, sering saya perhatikan di group2x, di wall FB, saling pertikai-mempertikaikan tentang hasil kraf masing-masing yang di tiru orang lain. Sepatutnya perkara remeh seperti ini tidak dijadikan isu. Belajarlah dari bangsa/kaum lain yang tidak lokek dengan ilmu, malah dengan baik hatinya menawarkan sesiapa saja untuk belajar, "mengopy" pattern dan membuat sendiri (DIY). Kerana minda mereka terbuka. Suka berkongsi dan bertukar-tukar ilmu. Dan mereka juga percaya, setiap orang boleh membuat benda yang sama tetapi hasilnya berlainan. Inilah maksud saya "SAMA TAPI TAK SERUPA".
Contoh lain yang boleh saya nyatakan.. A mendapat ilham membuat keychain berbentuk hati (LOVE) berwarna merah, dihiasnya keychain tersebut dengan butang bunga, dengan labuci mungkin. Kemudian dijahit rapi. Nah...cantik hasilnya. Dan dia mengatakan inilah hasil ilhamnya. Kemudian B melihatnya....terdetik di hati, aku juga boleh membuatnya....maka proses "mengopy" pattern berlangsung. Keychain yang sama dihasilkan. Lebih kreatif, B memilih warna biru, butang juga dihias tapi berbentuk bintang, jahitannya lebih rapi dari A, Nah terhasil keychain LOVE yang kedua. Sama bentuknya tetapi amat jelas perbezaan pembuatannya.
Maka hasil ini terlihat oleh A, dan menuduh B meniru hasil kerjanya...sedangkan dia terlupa sebelum itu dia mendapat ilham dari mana? bukankah dari pemerhatian hasil kerja orang lain juga? proses ini akan berterusan dan akan berulang-ulang kitarannya. Bukalah minda....ianya tidak menjadi hakmilik kita selagi kita tidak mendaftarkan pattern tersebut secara sah. Fikirkan....
Sahabat2x crafter, sebagai muslim, kita di tuntut supaya mencari ilmu. Sesungguhnya ilmu itu penting tidak kira dalam apa jua bidang hatta bidang seni kraf tangan pun. Kita bukan hanya perlu tahu menjahit, kita perlu juga tahu cara untuk melukis bentuk, memotong kain mengikut bentuk tersebut, menghias, juga cara menyimpul benang dan seterusnya memperkemaskan seni jahitannya. Kita juga perlu mengambil tahu tentang material yang hendak digunakan, dari mana hendak mendapatkanya, kualiti barangnya juga harga pasaran dan cara memasarkannya. Ilmu ini boleh didapati dengan banyak cara. Dari pembacaan, pemerhatian, pertanyaan dan mencari maklumat. Sememangnya ianya susah dan sukar, tapi semua ini perlu dipelajari jika ingin berjaya.
Hari ini mungkin kita seorang yang baru berjinak-jinak dengan bidang kerja tangan, namun dengan langkah-langkah ini, perlahan-lahan kita akan jadi orang yang berpengalaman. Belajarlah untuk berkongsi ilmu, kerana ilmu ini luas...bukan milik perseorangan. Selagi ianya dikongsi...ia akan bercambah....dan kita juga akan beroleh manafaatnya....pahala.
Buka minda, tambah ilmu dan berfikiran matang jauh ke depan. Insyaallah selagi kita ikhlas dan sentiasa bersangka baik sesama makhluk.....pasti ada ganjarannya.
Lepaskan sepenuhnya kebergantungan kepada makhluk. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa rezeki datang dari Allah SWT. Rezeki itu milik Allah SWT. Dia berhak untuk memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Maaf jika ada yang terasa. Ini hanya sekadar coretan dari pemerhatian dan pengalaman. Saya juga masih belajar dalam bidang ini. Mencari guru, berguru dan belajar.....tapi ada masanya perlu mengajar demi untuk membetulkan apa yang salah. Hanya berkongsi pendapat......yang benar selalunya pahit....
Terima kasih atas perhatian..maafkan atas kesalahan......jumpa lagi di lain catatan.
Jazakallahu khairan.
Wasalam
0 comments:
Post a Comment