Ads 468x60px

Friday, February 10, 2012

HANDMADE CRAFT (KRAF KERJA TANGAN)

Assalamualaikum......
Hai All!!!! Harap ceria2x dan sejahtera hendaknya.  Alhamdulillah, bersua lagi kita.  Lama AZA tak update entry baru. Cbuk sikit akhir2x ni.  Alhamdulillah ,kesibukkan yg membawa rezeki....kurniaan Allah S.W.T.

Entry kali ni Aza nak bercerita tentang Seni Kerja Tangan. Dalam istilah  orang putih nye HANDMADE ART. Ramai yang belum benar2x memahami apa itu kraf kerja tangan (Handmade Craft).  Sebelum tu biar Aza terangkan maksud Handmade. HANDMADE CRAFT atau Kraf kerja Tangan adalah produk yang dihasilkan 100% menggunakan kederat tangan manusia tanpa bantuan mesin.

Jadi perlu difahami dengan jelas, adakala hasil kraf kerja tangan ini amat sempurna setanding hasil buatan mesin. Dan ada masanya….hasilnya kurang memuaskan bergantung kepada kehalusan seni seseorang pembuat kraf tersebut.  Pun begitu, secara logiknya…..jika seorang manusia membuat satu2x produk kraf dgn kuantiti yang banyak (cth:20pcs hingga beratus2x pcs) dengan mengunakan tangan berulang2x kali, tentunya terdapat kesilapan dan kecacatan pada produk tersebut akibat hilang daya tumpuan dan keletihan serta “kejemuan” mengulang rutin yang sama pada satu2x masa.

Tidak kira apa jenis kraf yang dihasilkan (seni origami, jahitan felt, quilling, anyaman bakul, jahit manik dan sebagainya – sekadar menyebut beberapa contoh), kesemua hasil kraf tersebut adalah diusahakan melalui “kekreativiti” si pembuatnya.
Dalam menghasilkan produk kraf ini, minat serta kesungguhan amatlah diperlukan disertai dengan ilham, kerajinan, ketekunan, serta kesabaran yang tinggi.
Sebagai Handmade Crafter, kita perlu sentiasa positif dalam melahirkan idea2x kreatif serta menzahirkan idea2x tersebut menjadi sebuah produk yang berkualiti.
Dalam erti kata lain kita memerlukan THE POWER OF POSITIF FEELING (meminjam kata2x Master Aura).


Selain itu, sikap positif juga perlu kita terapkan dalam jiwa dan minda (soul n mind) tika hasil kerja tangan kita di  kritik dan di perlekehkan!  Ini penting bagi menggelakkan kita patah jiwa, putus asa dan berpatah arang berkerat arang rotan ( huhuhu..bahasa…) dengan kraf.

Apapun kita perlu sedar…….sebagai pembeli, barang yang anda beli adalah hasil buatan tangan, tentunya ada kekurangan dan tidak setanding buatan kilang.  Kepada sahabat2x crafter, kita juga perlu sentiasa bersedia menerima cabaran, kritikan serta teguran dari pembeli dgn sabar. Kita mesti sentiasa menambah ilmu, mencari idea baru serta memperkemaskan seni kerja tangan kita agar dapat mempertingkatkan kualiti dan mutu produk bagi memuaskan hati pelanggan.


Ingat, “CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT” walaupun ada kala dan masanya mereka tak berapa nak right..huhuhu.

Coretan ini bardasarkan dari pengalaman dan pemerhatian AZA selama dua tahun dalam dunia handmade nie. Ada masa, AZA rasa give up, jemu dan putus asa tapi disebabkan “crafts addict”……. AZA pujuk diri, bangun semula dan teruskan perjuangan….!
  
 AZA rasa sahabat2x crafter juga tentunya mempunyai 1001 rasa dan cerita dalam dunia kraf nie. Moga kita terus sabar dan terus berusaha disamping berdoa kepada ALLAH S.W.T. Sematkan dalam hati…..REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH, selagi nama manusia, cabaran tetap ada dan dugaan tetap datang….USAHA, DOA & TAWAKKAL.

 

Doa Agar Dilihat Mulia dan Berkarisma
Ya Allah Ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dlm keredaan-mu dan  bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikan islam itu tempat aku meletakkan keredaan.  Ya Allah Ya Tuhanku, aku lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina maka muliakanlah aku,  aku ini miskin maka kayakanlah aku
dan kurniakanlah rezeki kepadaku"

Sekian dulu coretan AZA. dilain kesempatan AZA menulis lagi. Yang baik jadikan contoh, yang kurang harap di maafkan.
Terima kasih atas perhatian.

Jazakallahukhairan.

Wasalam.




0 comments:

Post a Comment