Ads 468x60px

Friday, March 20, 2015

MR. & MRS. OWLIE


Entry 3 - 2015

Mr. & Mrs Owlie
Juga hasil kerja yang lepas. Tak sempat upload.
InsyaAllah, akan ada Mr & Mrs Owlie terbaru dari material PVC.


 

 In the making.....Material PVC Leather

Sampai jumpa lagi
Wasalam

Wednesday, March 18, 2015

HOOP ART


Assalamualaikum.

Ini antara hasil kerjatangan Chik Azah penghujung tahun lepas. 
Tahun ni belum ada satu pun. 
Dah lama tinggal kerja kraf ni.....
nak mula balik.... becinta laahaiii...

Skrg tengah kumpul bahan untuk projek sekolah....
mudah-mudahan dipermudahkan




 

Thursday, March 5, 2015

CELOTEH SUKA SUKI 2



 Apa khabar semua? Lama Chik Azah tak "berbelog". Dah March 2015.
Lama jugak tak berkraf...dah keras jari jemari.

Chik Azah doakan semoga semua sahabat - sahabat beroleh kebaikan, 
kesihatan, dilimpahi nikmat dan dilipat-gandakan rezeki. 
Yang penting, 
Bersyukur dengan nikmat ISLAM, 
sentiasa memperbaharui IMAN, 
dan 
memperbanyakkan EHSAN. 
InsyaAllah. Amin.

Entry ni pembuka tirai 2015. 
Semoga Allah Taala memberi kelapangan dan kesempatan masa utk Chik Azah berkreasi.
Dapatlah kita berkongsi ilmu lagi.

Sampai jumpa lagi. InsyaAllah...

 


Monday, November 17, 2014

RUBIK CUBE SAVING BOX


 Assalamualaikum..  
Hai semua....
Jumpa lagi kita.  
Hasil kerja tangan terbaharu dari Acik Azah.
RUBIK CUBE SAVING BOX
Tabung Kiub Rabik....dalam bahasa melayunya...

Setakat ni dah ada dua koleksi Tabung (Saving Box) handmade by Acik Azah.

 
 Mula- mula dulu, Pyramid, latest Rubik Cube.

Yang bentuk Pyramid ni, agak terhad ruangnya. Isi syiling muat la.
Cube Rubic ni.....haah.... besau Godang... isilah banyak2 ...hihihi.

Untuk entri Saving Box ni, tak ada tutorial.....
tak sempat nak snap @ edit.
Acik Azah kongsikan foto je lah ya....
 
Pilih warna yang bersesuaian. Ikut citarasa,
 kalau ikut warna asal lagi real hasilnya .

 
Bahagian dalam kotak


Bahagian luar. Latarnya warna hitam. 
Susun potongan kain yg telah di ukur mengikut saiz kesesuaian saiz permukaan tapak.
Body dijahit dan dicantumkan. 
Kiubnya, Acik Azah tak jahit, kemalasan.

Bahagian Atas (lubang tabung) dan bahagian bawah tapak.
Penutup lubang, Acik Azah guna penutup bahagian dalam botol ubat.
Saiz ?...ikut botol...

 Foto Saving Box yang dah siap
  
Dah boleh start menabung......

Selain menabung, jangn lupa BERINFAQ.

"Biar sedikit di dunia, tapi banyak dia Akhirat"


Sampai Jumpa lagi.
Wasalam

Monday, November 3, 2014

HASIL KITAR SEMULA

 
 Hai Semua...
Entri kali ni perihal barang kitar semula.
 Chik Azah memang suka dengan kraf kitar semula ni.
 Hobi Chik Azah suka kumpul tin, kotak, botol dan apa-apa barang yg unik bentuknya. 
Kumpul, simpan, dan guna semula utk hasilkan kraf.
Pertama, tak membazir.
Kedua, mudah didapati,.
ketiga, free....itu yg utama.
Maksud free disini ialah, tak perlu keluarkan modal baru utk menghasilkannya.  
Guna semula apa adanya...hihihi

Jom-jom,
Meh kita belajar cara hasilkan Pasu/Bekas Pensel dari bahan kitar semula.
 
 Bahan-bahannya:
 1. Tin Susu
2. Kertas pembalut hadiah
3. Lidi Sate
4. Gam Uhu
5. Butang Hiasan
6. Reben
7. Kertas Warna
8. Double Side Tape

Semua bahan sampingan memang dah ada dalam koleksi simpanan bahan kraf Chik Azah.
Bagi yang tiada butang dan reben comel-comel macam Chik Azah punya....
boleh je guna apa yg ada. Butang baju lama2 pun boleh.

 Langkah pertama:
Gunakan lidi sate untuk menggulung kertas pembalut hadiah.
Ukuran kertas 11 cm x 11 cm. Lebar x tinggi.
**Mengikut lebar dan ketinggian tin** 

 
 Kedua :
Gulung sampai habis kertas

 Ketiga:
Gunakan DOUBLE SIDE TAPE untuk melekatkan kertas yang telah digulung ke tepi tin.

 Keempat:
Anggaran jumlah kertas untuk penuhkan keliling tin, lebih kurang 45 keping.
Chik Azah gulung kecil dan rapat.  Jika kertas digulung lebih besar sedikit, 
mungkin hanya memerlukan lebih kurang 30 ke 35 keping saja.

 Kelima:
Selepas melekatkan gulungan kertas2 tersebut, letak tepi jap.
Sediakan bahan untuk hiasan.
Antaranya, kertas warna bersama pattern pilihan dan reben.
Tekap pattern pada kertas warna tersebut untuk mendapatkan bentuk yang dikehandaki.


  Keenam:
Gunakan DOUBLE SIDE TAPE untuk melekatkan hiasan pada tin seperti pattern, reben dsb.
  
 Ketujuh:
Perincikan hiasaan pada bahagian atas dan bawah tin untuk kekemasan hasil.
** Jika SUKA**
 
 
 Taraaaaa...... ini hasilnya.
Selain boleh diguna pakai sebagai pasu hiasan bunga plastik atau kering, 
boleh juga dijadikan bekas letak pensel dan sebagainya.

Ini adalah sebahagian modul yang akan diajar dalam Bengkel Seni Kerja Tangan yang MCAC akan anjurkan pada musim cuti sekolah nanti.
Maklumat lanjut, akan /Chik Azah kongsi dan war-warkan dari masa ke semasa..
InsyaAllah

Selamat berkreasi.

Jumpa lagi.
"Senyum-senyum selalu"

Thursday, October 30, 2014

Corat-Coret Bengkel Kraf Oktober 2014




Hai Semua !!!! Salam Jumaah Saiidul Ayyam
Moga Semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT hendaknya.
Entri hari ni Chik Azah nak kongsi corat-coret gambar ceria sepanjang 
sessi Bengkel Kraf tangan pada 25/10/2014.

Bengkel/Kelas untuk sessi pertama tahun 2014. 
InsyaAllah, penghujung November nanti MCAC akan anjurkan lagi.
Bermula dari persediaaan bahan mengajar, 
hinggalah sessi kelas/bengkel bermula, macam-macam gelagat ada.
 Maklumlah kelas kali pertama MCAC anjurkan untuk kanak-kanak. 
Sebelum2x ni untuk kaum ibu je....jadi suasananya lain sikit....
dengan pelbagai gelagat.
Jom layannn......

 

Hanya gambar menceritakan peristiwa

 
 
 
 
 
 
  
  
 
"Wajah-wajah ceria "

 
 

 Ok.....habiss..... InsyaAllah kita jumpa lagi dlm bengkel akhir November 
nanti untuk modul yang lain pula.

Sampai jumpa lagi di entri akan datang.
Salam Kasih Sayang
 Wasalam