Ads 468x60px

Saturday, August 16, 2014

CuTe MoNsTeR


Hai Semua...
Sekadar berkongsi hasil kraf readymade in stock. 
Buat masa terluang tempohari.
CUTE MONSTER Keychain/Plushie.
Plushie ni nak buat bantal busuk pon boleh...hihihih.

KEYCHAIN

 PLUSHIE

Asalnya plushie comel ni ada tiga. Hijau, oren dan merah.
 Hijau dah di sambar dulu dek anak saudara.
Tinggal dua.... tup-tup raya hari tu yang merah dah di "adoption" kan dek si comel .
Tinggal la yang si Oren seketol.
So....sape-sape berkenan, cepat-cepat PM Chik Azah.
RM 25 je.

 
 Ni la si comel tu. Nur Alya Shazani.

oklah all. Ada kelapangan nanti Chik Azah update lagi.
Salam kasih sayang.

Jumpa lagi.

 

Friday, August 8, 2014

Projek Kertas


Selamat Hari Raya semua......
 Dah seminggu lebih kita di bulan Syawal.
Kuih raya pon dah habis.
Mood kerja perlu di gilap kembali. 
Lama Chik Azah tak update blog.  
Hampir sebulan lebih kut. 
Nak tulis apa yek dalam entry ni. 
Lama tak mengarang. Blank!
 Emmmm.....

Dah lama juga Chik Azah tak ambil tempahan kraf. 
Sepanjang Ramadhan lalu, hanya berkraf untuk lepas gian je.
Sempat la berkraf dengan material kertas. 
Simple je. Buat jadual tugasan kelas anak.

Material :  Kertas Warna/Card Board/Printer/Butang
 Langkah2xnya :  Print, kemudian tempek....


 Butang2x tu berfungsi untuk menandakan tugasan setiap pelajar mengikut hari.
 

Tadaaaa..... hasilnya.
Jadi la...projek santai-santai je.

Nak story apa lagi ya..... dah abis kut . Hihihi
Ok lah. nanti Chik Azah story lagi.
Tunggu la sehari dua lagi. Chik Azah kumpul bahan dulu.

Sampai bertemu lagi.
 Wasalam

Tuesday, June 10, 2014

Penyertaan MCAC

 
 Hai all ..
Dalam entri lepas Chik Azah ada cerita pasal Hari Sambutan PPSPPA.
so..dalam entri kali ni, Chik Azah nak kongsi story serba sikit tentang hari tu.

Chik Azah mendapat jemputan dari PSSPA untuk menyertai hari sambutan tu. 
Nak jadi rezeki, wakil dari PSSPPA ada menghantar email ke MCAC, 
berminat dengan hasil kraf recycle yang Chik Azah upload dlm blog.

Berikut gambar peristiwa hari tersebut.
 Gambar-gambar ni Chik Azah kongsikan dari FB PSSPPA.
Maklumlah Chik Azah kan tak pegi, so...kongsi je lah hihihi.
     
 

Dan...kat bawah ni gambar produk kraf yang Chik Azah hantar untuk sertai majlis tu.
Handmade tau...hihihi

Material asas :  Jeans  & Tin
Produk :  Frame Hoop, Pencil Holder, Tissue Case, Pin Cushions

 
 
 

Habis suda....

So.... all crafters...
Manafaatkan apa yang ada di sekeliling kita.
Biasakan dengan bahan asas yang boleh di kitar semula.
Save bajet, save planet.

 Sampai jumpa lagi
 Wasalam.


Friday, June 6, 2014

HARI CIKGU 2014


Hadiah Hari Cikgu 2014.  
Ni sebahagian gambar bantal yang sempat 
Chik Azah snap sempena hari guru hari tu. 
Gambar tempahan, takde. Lupa amik. 
Sibuk sangat masa tu. 
Gambar ni pun cukup kot..hihihi.
 
 
 Bantal cik/puan Owlie ni untuk cikgu perempuan.
 
 
 
  Bantal Mat Smart ni untuk cikgu lelaki.

 
 
 Ni pun untuk cikgu perempuan.

Hadiah hanya simbolik bagi menzahirkan 
perasaan terima kasih.
Budi yang menggunung, 
jasa seluas laut terbentang, 
takkan mampu dibalas.
Selagi hayat dikandung badan,
 jasamu tetap kukenang.

"TERIMA KASIH, CIKGU "

 Wasalam.